Protected by Copyscape Duplicate Content Tool

Minggu, 30 Mei 2010

shonen adalah....


Shōnen (少年?) kadang-kadang ditranskripsi sebagai shounen atau shonen, yang bererti "lelaki muda", atau secara harifahnya "bilangan tahun sedikit" ialah perkataan dalam bahasa Jepun yang digunakan dalam bahasa-bahasa lain untuk merujuk kepada bahan manga yang ditujukan kepada pembaca lelaki berusia muda. Contohnya termasuk Dragon Ball, Digimon, Naruto, One Piece, s-CRY-ed, Bleach, InuYasha, Shaman King dan Fullmetal Alchemist.

Anime dan manga shōnen biasanya dihuraikan dengan plot-plot penuh aksi serta humor yang menampilkan watak utama lelaki. Keakraban antara lelaki dalam pasukan sukan, skuad pejuang dan sebagainya sering ditekankan. Watak perempuan yang menarik dalam cara yang tidak realistik juga kerap ditemui (lihat fan service), namun ini tidaklah wajib; misalnya, Dragon Ball Z cuma ada sejumlah kecil watak sedemikian. Gaya seni shōnen lazimnya kurang berbunga-bunga berbanding shōjo, inipun amat berbeza gayanya dari artis ke artis, malah ada artis yang melukis kedua-dua manga shōnen dan shōjo.

Selain manga shōnen, manga untuk lelaki dewasa (usia kemasukan universiti dan selebihnya) dipanggil manga seinen. Meskipun banyak ketara perbezaanya, ramai peminat di luar Jepun tidak mengenali perbezaan antara karya shōnen dan seinen. Ini adalah kerana amat sedikit bilangan manga seinen yang diterbit di luar Jepun. Di Jepun, ramai lelaki dewasa membaca majalah shōnen kerana mereka mendapatinya lebih mudah dibaca ketika pergi balik dari kerja dalam tren. Akibatnya, di Jepun, majalah manga shōnen merupakan majalah manga yang paling laris dijual.


Dari berbagai sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar